Jumaat, 30 Julai 2021

PARAM, PILIS & TAPEL AMALAN DALAM PANTANG

 Pantang cara lama memang titikberatkan pantang larang. Tujuan nak pulihkan tubuh badan ibu segera. Masa bersalin tubuh dah keletihan hempas pulas, urat putus, otot-otot jadi tegang dan hilang banyak darah. 

Selepas bersalin tubuh ibu perlukan terapi penyembuhan. Dalam amalan herba pantang cara lama, Pilis, param dan tapel sangat penting.

APA TU PARAM,PILIS & TAPEL?



Bedak Hangat 3 in 1 
( Digunakan sebagai Param, Pilis & Tapel)

PILIS

Pilis dipakai di dahi. Tujuan pilis dipakai untuk mengelak darah putih naik ke kepala? apa tu? Nak elak ibu berpantang terkena sakit kepala atau pening kepala. 

Dipakai 2 kali sehari selepas mandi. Bedak Hangat dicampur dengan Minyak Ratu dan disapu ke dahi. Rasa hangat daripada herba berikan rasa selesa dan lega, Kepala rasa ringan. 

Pilis dari Bedak Hangat ni tak berhabuk atau berdebu.


Cara Bancuhan:
1. Ambil 1 sudu kecil Bedak Hangat dan campurkan dengan Minyak Ratu dan air
2. Bancuh hingga jadi pes pekat dan sapukan keseluruh dahi.


TAPEL 

Pilis Tapel adalah ubat barut yang disapu dibahagian perut, sekitar pinggang. Tujuan untuk bantu kempiskan parut, mengurangkan tanda gelap, menghangatkan badan ibu serta membantu melancarkan pengeluaran darah selepas berbengkung.

Tapel dipakai 2 kali sehari sepanjang tempoh berpantang.

Cara Bancuhan:
1. Ambil 2 sudu Bedak Hangat campurkan dengan sedikit air.
2. Tambah 1 sudu kecil Minyak Ratu
3. Ditambah perahan limau nipis (jika mahu) ini bantu mencerahkan tanda gelap
4. Bancuh sehingga jadi pes. Sapu diseluruh perut dan balut perut dengan kain nipis dan boleh berbengkung

PARAM

Param adalah bedak yang dilumur diseluruh badan. Tujuan untuk menghangatkan badan ibu, mengurangkan tanda gelap serta menghaluskan kulit ibu.

Param daripada srisari boleh digunakan sebagai param basah, param kering atau param minyak. Boleh lakukan yang mana-mana ikut keselesaan. 

Param Basah
Param Basah dipakai ketika mandi. Ibu sambil duduk atas kerusi. Param disapu ke seluruh badan. Hasilnya badan ibu terasa hangat dan tak mudah sejuk selepas mandi. Param Basah ni seperti kita menyapu lulur keseluruh badan. Elakkan pada bahagian payudara dan area intim yang ada luka/jahitan.

Param Kering
Param Kering disapu selepas mandi. Dibancuh dan disapu keseluruh badan. Seharian param ini dibiarkan dibahagian badan untuk berikan kehangatan pada badan. Param ini dibersihkan ketika mandi herba. 

Param Minyak 
Param Minyak adalah satu cara untuk menambah kebaikan dalam minyak urut yang digunakan. Bedak hangat dicampurkan dalam Minyak Kelapa #SrisariHerbs dan digunakan ketika mengurut. Cara ini membantu menghangatkan tubuh ibu sekaligus melembutkan urat-urat ibu dengan herba ada dalam Bedak Hangat.










Tiada ulasan:

Catat Ulasan