Sabtu, 7 Ogos 2021

MANDI GARAM PULIH DIRI DARI GANGGUAN NEGATIF

 Mandi Garam bukan hanya sebagai mandian biasa. Garam mempunyai kelebihan untuk membantu memulihkan emosi, energy dan terapi pada diri. Bila aura pada diri kotor, bocor dan panas ia banyak mengundang halangan dalam diri, pekerjaan dan hubungan orang sekeliling.

APA AURA BOCOR, KOTOR & PANAS

  • Sering merasa marah tanpa sebab
  • Selalu rasa susah hati/murung
  • Suka bersendirian/Tak bergaul 
  • Dada berdedar-debar tanpa sebab jelas
  • Asyik tidur sepanjang hari
  • Rasa berat nak dirikan solat dan malas
  • Kerap bergaduh dengan orang sekeliling
  • Tidak bersemangat dan mudah hilang mood
  • Kerap rasa tangan, siku atau kaki ada aliran arus spt  cas elektrik
  • Mimpi buruk terlalu kerap hingga sukar tidur malam
  • Sakit kepala yang berpanjangan
  • Rasa was-was dalam melakukan sesuatu pekerjaan
  • Susah untuk berfikir positif


Manfaat Mandi Garam Rossa :

  • Membersih energi kotor, bocor, panas dan hitam
  • Meredakan tekanan/stress
  • Mengurangkan sakit pada badan
  • Menangangkan jiwa yang runsing
  • Mengurangkan rasa sakit kepala
  • Mengembalikan semangat 
  • Terapi pulih diri dengan tenaga air dan garam 


Cara Mandian:

1. Letak 3 sudu dalam baldi berisi air. 
2. Jika untuk pulihkan diri (Niat untuk pulihkan diri serta bacaan surah ringkas untuk terapi diri)
3. Mandi sebagai bilasan terakhir 2 kali sehari Pagi dan Petang



Surah untuk bacaan RUKYAH DIRI ( Pulihkan diri daripada gangguan)
1. Taawuz
2. Bismillah
3. Selawat
4. Niat (Sebutkan tujuan mandian) Setiap orang tujuan berbeza
5. Al Fatihah
6. Ayat Kursi
7. 3 Qul


Setiap bacaan hembus di air mandian dalam baldi. Sebaiknya dilakukan di luar bilik air. Boleh tambah potongan limau purut/nipis untuk membersih lagi unsur gangguan. 


Amalan mandi garam sebaiknya dilakukan 21 hari berturut-turut untuk merasai perubahan. 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan