Khamis, 10 Februari 2022

Tungku Tanah Liat (Tuam Badan)


Tungku Tanah Liat sejak dulu lagi digunakan sebagai alat untuk tuaman. 
Boleh digunakan pada bila-bila masa atau ibu berpantang.

CARA KEGUNAAN:

1. Panaskan tungku tanah liat atas api dapur yang kecil. Biarkan selama 30-40 minit (Elak buka api besar. Jika tungku cepat panas. Tungku akan cepat sejuk.
2, Balut tungku dengan kain batik dan ikat kemas dengan tali (Boleh dapatkan tali ikat tungku di Srisari HQ) Mudah mengikat
3. Bolehlah siap digunakan. 


Apa kebaikan bertungku tanah liat?
  • Mengurangkan rasa sakit pada badan seperti pada bahagian perut, pinggang, belikat atau mana-mana bahagian badan yang rasa kurang selesa
  • Bertungku sangat membantu untuk melegakan perut kembung atau rasa badan sebu dan sengal-sengal. 
  • Jika sengugut. Boleh panaskan tungku dan tuam untuk legakan rasa tak selesa tu

Tungku Tanah Liat ni ada pelbagai saiz. Ada untuk dewasa, kanak-kanak dan bayi. 


 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan