Rabu, 1 April 2020

Set Ibu Berpantang Di Rumah

BERPANTANG DIRUMAH?

Ibu lepas bersalin wajib berpantang sekurang-kurangnya 44 hari selepas bersalin. Berpantang ni tujuan untuk pulihkan balik urat-urat ibu dan percepatkan kesembuhan dalam tubuh ibu. Amalan berpantang cara melayu dah lama diamalkan. Dah terbukti ramai yang amalkan. Lagi-lagi sekarang dah ramai ibu-ibu berpantang dengan mengambil perkhidmatan penjagaan ibu berpantang tradisional.


Ibu yang berpantang perlukan Set untuk berpantang selama 44 hari. Ibu perlukan set berpantang samada ibu bersalin normal, czer atau keguguran. 

KENAPA BERPANTANG NI PENTING?


Ibu selepas bersalin atau keguguran perlu mendapatkan pemulihan. Jom kami kongsikan asas yang wajib ibu lakukan waktu berpantang

1. URUTAN BADAN
Selepas bersalin sebagai ibu berpantang amalan berurut amat penting bagi bantu memulih tubuh badan ibu, melancarkan aliran darah, memanaskan badan ibu, meredakan kesakitan. Gunakan minyak herba yang khusus untuk urutan tanpa rasa panas atau sejuk. Boleh dapatkan Minyak Ratu & Minyak asas daripada kelapa

2. BERTUNGKU
Bertungku cara melayu menggunakan tungku batu sungai atau besi. Amalan bertungku bantu kecutkan rahim, bantu keluarkan darah, meransang metabolisme dan melegakan kesakitan selepas bersalin. Boleh dapatkan batu sungai di Srisari Herbs

3. MANDI HERBA
Pagi hari mulai dengan mandi herba untuk bantu segarkan badan ibu. Daun-daun herba banyak manfaat untuk bantu ibu rasa hangat dan badan rasa bertenaga selepas mandi. Mandi dengan air rebusan Daun Mandian Herba dan Rempah Srisari Herbs .

4. PARAM
Param adalah seperti sapuan bedak selepas mandian, boleh juga dipakai selepas mandi seperti lulur. Tujuannya bantu hangatkan badan. Bedak Hangat Srisari Herbs digunakan sebagai Param, Pilis  & Tapel.

5. PILIS
Wajib dipakai dibahagian dahi untuk elak mudah pitam, pening dan sakit kepala. Disapu disekitar dahi untuk memberikan kelegaan. Bedak Hangat Srisari Herbs digunakan sebagai Param, Pilis  & Tapel.

6. TAPEL
Tapel ni macam ubat barut. Disapu ke perut untuk kempiskan perut ibu lepas bersalin. boleh campurkan Bedak Hangat + Minyak Ratu + Perahan limau dan sapu kat perut kemudian berbengkung.

7. BENGKUNG
Bengkung ni wajib pakai. Banyak sangat manfaat dia. Menyokong tulang belakang ibu supaya tak jadi bongkok lepas bersalin, kalau bersalin normal sangat membantu rapatkan pinggul. Semasa bersalin normal pinggul kita  agak terbuka semasa proses kelahiran bayi. Jadi wajib berbengkung untuk support badan disamping tu cepat kempiskan perut, bentukkan badan dan percepatkan pengeluran darah nifas.

8. TANGAS
Tangas ni cara tradisional untuk bersihkan rahim kita dengan kaedah penggunaan herba-herba. Boleh amalkan bertangas ni semasa darah tu dah makin kering atau semasa fasa darah bayam. Darah yang las ni agak bau tau, Sebab tu sangat digalakkan bertangas. Nak herba tangas yang bantu keluarkan saki baki darah.

9. SAUNA
Sauna memang bagus untuk keluarkan lebihan air dalam badan. Boleh mula bersauna selepas minggu pertama  dan ke atas tau. Sauna bantu lancarkan peredaran darah, tingkatkan metabolisme dan segarkan badan yang letih, lesu dan bagi lebih energy. Wanita yang bersauna akan lebih kurus lebih cepat. Gunakan uncang sauna.



 SET PANTANG - AMINAH 

  1. Mandian Daun Herba & Rempah 1 pek
  2. Bedak Hangat (Param, Pilis & Tapel) 3 in 1
  3. Minyak  Ratu (Sapuan)
  4. Rempah Ratus Tangas (Uncang 6pcs)
  5. Mandian Ratus Herba (Ucang 6pcs)
  6. Sabun Manjakani 



SET PANTANG - AISYAH

  1. Mandian Daun Herba & Rempah 1 pek
  2. Bedak Hangat (Param, Pilis & Tapel) 3 in 1
  3. Minyak  Ratu (Sapuan)
  4. Rempah Ratus Tangas (Uncang 6pcs)
  5. Mandian Ratus Herba (Ucang 6pcs)
  6. Sabun Manjakani 
  7. Tungku Herba
PERCUMA: Stokin, Getah Rambut & Bag (Sah 16 Sept hingga 10 October shj)


SET PANTANG - RAUDHAH 

  1. Mandian Daun Herba & Rempah 1 pek
  2. Bedak Hangat (Param, Pilis & Tapel) 3 in 1
  3. Minyak  Ratu (Sapuan)
  4. Rempah Ratus Tangas (Uncang 6pcs)
  5. Mandian Ratus Herba (Ucang 6pcs)
  6. Sabun Manjakani 
  7. Ibu Tangas 
  8. Bengkung Zig Zag 4 Tali

PERCUMA: Stokin, Getah Rambut & Bag (Sah 16 Sept hingga 10 October shj)



BOLEH JUGA DAPATKAN PRODUK SECARA BERASINGAN

BEDAK HANGAT 250gm (WM RM45 / EM RM50)

Digunakan sebagai Param, Pilis & Tapel. 

Cara Penggunaan: 

PILIS: Campurkan 1/2 sudu Bedak Hangat + Minyak Ratu 1/2 sudu + Air hingga jadi pes. Letakkan di dahi. Campuran pilis ini tidak berdebu dan melekat dari pagi hingga ke waktu mandi petang. 

TAPEL (BARUT): Campurkan 1 1/2 sudu besar + Air + Minyak Ratu 1 sudu hingga jadi pes. Sapu ke seleuruh bahagian perut sebelum memakai bengkung. 

PARAM (BOROS): Campurkan 3 Sudu besar + Air + Minyak Ratu 1 sudu hingga jadi pes. Sapu keseluruhan badan sebagai Bedak Boros atau Param.  Boleh juga digunakan sebagai Param Lulur ketika mandi untuk menghangatkan badan supaya tidak mudah sejuk/bentan.

MINYAK RATU 60ml (WM RM15 / EM RM18)

Minyak Sapuan ketika dalam pantang. Disapu selepas mandi atau bila-bila masa untuk memberikan rasa hangat, mengurangkan kelesuan selepas bersalin dan terapi mengurangkan rasa sengal badan. 

Cara Penggunaan:

SAPUAN: Boleh disapu pada mana-mana bahagian badan untuk keselesaan selepas mandi atau berbengkung atau sebelum memakai stokin. 

CAMPURAN: Boleh dicampur dalam Param, Pilis atau Tapel (Bedak Hanta) sebagai terapi tambahan untuk ibu berpantang lebih rasa nyaman dan mengelak daripada mudah masuk angin/bentan



SARUNG TUNGKU BATU SUNGAI  (WM RM40 / EM RM48)

Sarung Tungku Batu Sungai mudahkan ibu berpantang untuk membalut batu tungku dengan mudah. 

Cara Penggunaan:

TUNGKU: Masukan daun herba seperti daun mengkudu, lengkuas, pisang (atau apa-apa daun herba yang lebar) ke dalam sarung. Sebelum masukan batu sungai. Masukan daun terlebih dahulu. Kemudian Ikat tungku dengan tali yang disediakan bersama sarung tungku.


Pembelian: Warna sarung dipilih secara random. Boleh hubungi admin juga untuk melihat corak sarung

BATU SUNGAI BERTUNGKU Saiz M ( WM RM35 / EM RM45)


Batu Bertungku daripada batu sungai asli. Berat diantara 1.2-1.7kg setiap satu. Bentuk berbeza-beza. Boleh digunakan untuk bertungku atau bertangas kering. 

Cara Penggunaan:

TUNGKU: Balut batu dengan daun herba dan kain batik. Kami juga menjual tali untuk mengikat kain batik biasa. Cuci batu selepas digunakan untuk mengelak batu mudah pecah atau berasap ketika dipanaskan.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan