Khamis, 10 Februari 2022

Tungku Tanah Liat (Tuam Badan)


Tungku Tanah Liat sejak dulu lagi digunakan sebagai alat untuk tuaman. 
Boleh digunakan pada bila-bila masa atau ibu berpantang.

CARA KEGUNAAN:

1. Panaskan tungku tanah liat atas api dapur yang kecil. Biarkan selama 30-40 minit (Elak buka api besar. Jika tungku cepat panas. Tungku akan cepat sejuk.
2, Balut tungku dengan kain batik dan ikat kemas dengan tali (Boleh dapatkan tali ikat tungku di Srisari HQ) Mudah mengikat
3. Bolehlah siap digunakan. 


Apa kebaikan bertungku tanah liat?
  • Mengurangkan rasa sakit pada badan seperti pada bahagian perut, pinggang, belikat atau mana-mana bahagian badan yang rasa kurang selesa
  • Bertungku sangat membantu untuk melegakan perut kembung atau rasa badan sebu dan sengal-sengal. 
  • Jika sengugut. Boleh panaskan tungku dan tuam untuk legakan rasa tak selesa tu

Tungku Tanah Liat ni ada pelbagai saiz. Ada untuk dewasa, kanak-kanak dan bayi. 


 

Khamis, 12 Ogos 2021

Teh Bunga-bungaan

 Minuman teh bukan hanya daripada daun sahaja. Boleh juga daripada bunga-bungaan dan herba seperti daripada daun, batang, biji-bijian, rempah dan herba.


Pelbagai bunga-bungaan boleh dijadikan sebagai minuman kesihatan dan kecantikan. Minuman ini sangat refreshing dan mencantikan kulit jika diamalkan dengan konsisten. 
Di Pusat Kecantikan dan Spa minuman daripada bunga-bungaan dihidangkan selepas selesai rawatan. Rasa tea bunga yang sedap dan lain dari yang lain membuatkan pelanggan rasa perasaan 
yang berbeza dan mahu datang lagi.


Terdapat beberapa jenis teh bunga yang menjadi pilihan ramai pemilik spa
  • Teh Bunga Rose
  • Teh Bungan Roselle
  • Teh Peppermint 
  • Teh Halia
  • Teh Serai
  • Teh Lemon
  • Teh Sanna

BUNGA ROSELLE 

Cantik Kulit

Roselle mengandungi tinggi vitamin C sebanyak 3 kali ganda daripada anggur. Boleh amalkan minuman roselle untuk kulit yang cantik serta bantu meningkatkan imuniti tubuh. 


Cara Minum:

1. Cuci dengan air terlebih dahulu menggunakan penapis. Rendam 1 kuntum bunga roselle ke dalam segelas air 300ml

2. Rendam selama 3 minit. Air bertukar warna unggu boleh ditambah madu, stevia atau apa-apa pemanis yang membuka selesa minuman

3. Boleh diminum bila-bila masa.

Sabtu, 7 Ogos 2021

MANDI GARAM PULIH DIRI DARI GANGGUAN NEGATIF

 Mandi Garam bukan hanya sebagai mandian biasa. Garam mempunyai kelebihan untuk membantu memulihkan emosi, energy dan terapi pada diri. Bila aura pada diri kotor, bocor dan panas ia banyak mengundang halangan dalam diri, pekerjaan dan hubungan orang sekeliling.

APA AURA BOCOR, KOTOR & PANAS

  • Sering merasa marah tanpa sebab
  • Selalu rasa susah hati/murung
  • Suka bersendirian/Tak bergaul 
  • Dada berdedar-debar tanpa sebab jelas
  • Asyik tidur sepanjang hari
  • Rasa berat nak dirikan solat dan malas
  • Kerap bergaduh dengan orang sekeliling
  • Tidak bersemangat dan mudah hilang mood
  • Kerap rasa tangan, siku atau kaki ada aliran arus spt  cas elektrik
  • Mimpi buruk terlalu kerap hingga sukar tidur malam
  • Sakit kepala yang berpanjangan
  • Rasa was-was dalam melakukan sesuatu pekerjaan
  • Susah untuk berfikir positif


Manfaat Mandi Garam Rossa :

  • Membersih energi kotor, bocor, panas dan hitam
  • Meredakan tekanan/stress
  • Mengurangkan sakit pada badan
  • Menangangkan jiwa yang runsing
  • Mengurangkan rasa sakit kepala
  • Mengembalikan semangat 
  • Terapi pulih diri dengan tenaga air dan garam 


Cara Mandian:

1. Letak 3 sudu dalam baldi berisi air. 
2. Jika untuk pulihkan diri (Niat untuk pulihkan diri serta bacaan surah ringkas untuk terapi diri)
3. Mandi sebagai bilasan terakhir 2 kali sehari Pagi dan Petang



Surah untuk bacaan RUKYAH DIRI ( Pulihkan diri daripada gangguan)
1. Taawuz
2. Bismillah
3. Selawat
4. Niat (Sebutkan tujuan mandian) Setiap orang tujuan berbeza
5. Al Fatihah
6. Ayat Kursi
7. 3 Qul


Setiap bacaan hembus di air mandian dalam baldi. Sebaiknya dilakukan di luar bilik air. Boleh tambah potongan limau purut/nipis untuk membersih lagi unsur gangguan. 


Amalan mandi garam sebaiknya dilakukan 21 hari berturut-turut untuk merasai perubahan. 


Ahad, 1 Ogos 2021

Sarung Tungku Batu Sungai Mudahkan Bertungku

 


Sarung Tungku Batu Sungai mudah digunakan. Ia tebal. Tak perlu nak balut batu dengan kain batik lagi. Panas batu pun tahan lebih lama. 


Cara Penggunaan:
1. Masukkan daun herba seperti daun mengkudu ke dalam Sarung Batu. Isi daun herba tebal sedikit supaya kepanasan dapat diserap.
2. Selepas Batu dipanaskan. Elak terus masuk ke dalam sarung. Biarkan batu rehat 5-8 minit.
3. Masukan batu dan ikat. Setiap Sarung Batu telah disertakan dengan tali. Hanya jerut dan kemaskan. 
4. Selepas digunakan buang daun herba. Cuci batu supaya tidak ada kesan daun terlekat pada batu. 


TIP: Daun yang sesuai untuk digunakan untuk Bertungku
1. Daun Mengkudu
2. Daun Lengkuas
3. Daun Halia
4. Daun Pisang

atau daun bersaiz lebar. 


                                                  Taburkan Herba untuk mewangikan Tungku

BATU SUNGAI
Nak bertungku tiada batu? Kami ada sediakan pelbagai saiz batu bertungku untuk ibu berpantang. Tip memilih batu yang sesuai untuk bertungku adalah 1.5-2kg sebiji. Kebiasaanya bergantung kepada saiz perut ibu.

Jika perut besar sebaiknya batu yang lebih berat tidak lebih 2kg. 


PERHATIAN:

Kenapa cuci batu?

Jawapan: Jika batu tidak dicuci. Daun/debu daun yang terlekat pada batu akan menyebabkan batu yang dipanaskan pada masa akan datang mengeluarkan asap. Ini kesan debu daun yang terlekat pada batu. 




Nak mendapatkan kelengkapan berpantang?
Hotline: 018-6604044/011-11013301
FB: SrisariHerbs_HQ


Kerusi Tangas - Rotan Saiz Besar

KERUSI TANGAS ROTAN 

Kenapa Kerusi Rotan? 

Rotan mempunyai banyak kelebihan berbanding kerusi tangas daripada kayu. 

  • Tahan Lasak
  • Tahan Air
  • Tidak Berkulat
  • Lebih Selesa
  • Cepat Kering
  • Ringan
  • Tidak Be-racun (Chemical pada kayu)
  • Boleh dicuci dengan sabun untuk kebersihan
Kenapa Pilih Kerusi Tangas daripada Srisari?



Kerusi Rotan khas ini direka khas untuk bertangas dan direka mempunyai spesifikasi seperti lengkungan pada bahagian tempat duduk untuk berikan keselesaan. Saiz lebar dan besar hingga mampu menampung 100kg beban.

Bertangas lebih selesa menggunakan kerusi. Di pasaran terdapat pelbagai kerusi tangas. Kerusi Tangas Rotan #Srisari ni lebih selesa, ringan, mudah dicuci dan cepat kering. 


Selepas menggunakan kerusi bertangas. Kerusi perlu dicuci untuk menjaga kebersihan. Elakkan menggunakan kerusi jenis kayu kerana mudah berkulat, berat dan dibimbangi terkena infeksi ku.man.


Keistimewaan kerusi tangas rotan #srisari ni ia bersaiz besar. Boleh menampung berat sehingga 100kg. Rotan telah diketahui memiliki ketahan yang lama hingga puluhan tahun. Kerusi ini tahan lama dan boleh mencecah sehingga 5-8 tahun penggunaan. 

Untuk mengekalkan ikatan pada kerusi tangas rotan ini. Kerap basuh kerusi rotan dengan air untuk memberikan kekuatan pada ikatan pada kerusi. 





Kerusi Rotan #srisari mempunyai lengkungan pada bahagian tengah yang memberikan keselesaaan ketika duduk.







Kain Sarung dan Periuk untuk bertangas juga ada didalam SET BERTANGAS.



Dapatkan sekarang 
Hotline: 018-6604048 / 011-11013301



Sarung Kain khas untuk BERTANGAS

 Bertangas satu kaedah terapi untuk menjaga mahkota. Bertangas sesuai dilakukan di rumah. Nak bertangas dirumah perlukan peralatan yang sederhana. Jika biasanya ada yang menggunakan selimut untuk bertangas supaya wap tangas tidak keluar. 

Tak perlu susah-susah. Sarung Tangas dari Srisari ni ada. Saiz besar. Mudah laras. Nak pakai paras di tengkuk boleh. Nak pakai di pinggang pun boleh. 



Material kain daripada kain belacu. Kain ni memerangkap wap dengan baik. Mudah dicuci dan tidak mudah koyak serta tahan lasak. 


Dapatkan SET TANGAS DIRUMAH sekarang
Hotline: 018-6604048



Lain-lain:
Kami juga menerima perkhidmatan tempahan jahitan secara pukul Bengkung, Sarung Tangas, Sarung Tungku dan lain-lain untuk jenama sendiri. Untuk pertanyaan hotline 011-11013301


Jumaat, 30 Julai 2021

PARAM, PILIS & TAPEL AMALAN DALAM PANTANG

 Pantang cara lama memang titikberatkan pantang larang. Tujuan nak pulihkan tubuh badan ibu segera. Masa bersalin tubuh dah keletihan hempas pulas, urat putus, otot-otot jadi tegang dan hilang banyak darah. 

Selepas bersalin tubuh ibu perlukan terapi penyembuhan. Dalam amalan herba pantang cara lama, Pilis, param dan tapel sangat penting.

APA TU PARAM,PILIS & TAPEL?



Bedak Hangat 3 in 1 
( Digunakan sebagai Param, Pilis & Tapel)

PILIS

Pilis dipakai di dahi. Tujuan pilis dipakai untuk mengelak darah putih naik ke kepala? apa tu? Nak elak ibu berpantang terkena sakit kepala atau pening kepala. 

Dipakai 2 kali sehari selepas mandi. Bedak Hangat dicampur dengan Minyak Ratu dan disapu ke dahi. Rasa hangat daripada herba berikan rasa selesa dan lega, Kepala rasa ringan. 

Pilis dari Bedak Hangat ni tak berhabuk atau berdebu.


Cara Bancuhan:
1. Ambil 1 sudu kecil Bedak Hangat dan campurkan dengan Minyak Ratu dan air
2. Bancuh hingga jadi pes pekat dan sapukan keseluruh dahi.


TAPEL 

Pilis Tapel adalah ubat barut yang disapu dibahagian perut, sekitar pinggang. Tujuan untuk bantu kempiskan parut, mengurangkan tanda gelap, menghangatkan badan ibu serta membantu melancarkan pengeluaran darah selepas berbengkung.

Tapel dipakai 2 kali sehari sepanjang tempoh berpantang.

Cara Bancuhan:
1. Ambil 2 sudu Bedak Hangat campurkan dengan sedikit air.
2. Tambah 1 sudu kecil Minyak Ratu
3. Ditambah perahan limau nipis (jika mahu) ini bantu mencerahkan tanda gelap
4. Bancuh sehingga jadi pes. Sapu diseluruh perut dan balut perut dengan kain nipis dan boleh berbengkung

PARAM

Param adalah bedak yang dilumur diseluruh badan. Tujuan untuk menghangatkan badan ibu, mengurangkan tanda gelap serta menghaluskan kulit ibu.

Param daripada srisari boleh digunakan sebagai param basah, param kering atau param minyak. Boleh lakukan yang mana-mana ikut keselesaan. 

Param Basah
Param Basah dipakai ketika mandi. Ibu sambil duduk atas kerusi. Param disapu ke seluruh badan. Hasilnya badan ibu terasa hangat dan tak mudah sejuk selepas mandi. Param Basah ni seperti kita menyapu lulur keseluruh badan. Elakkan pada bahagian payudara dan area intim yang ada luka/jahitan.

Param Kering
Param Kering disapu selepas mandi. Dibancuh dan disapu keseluruh badan. Seharian param ini dibiarkan dibahagian badan untuk berikan kehangatan pada badan. Param ini dibersihkan ketika mandi herba. 

Param Minyak 
Param Minyak adalah satu cara untuk menambah kebaikan dalam minyak urut yang digunakan. Bedak hangat dicampurkan dalam Minyak Kelapa #SrisariHerbs dan digunakan ketika mengurut. Cara ini membantu menghangatkan tubuh ibu sekaligus melembutkan urat-urat ibu dengan herba ada dalam Bedak Hangat.










Khamis, 15 Julai 2021

MINYAK URUT AROMATERAPI

 "Minyak urut yang mengandungi kandungan pati daripada tumbuh-tumbuhan seperti bunga, buah, biji-bijian, kayu, rempah-ratus atau buah-buahan mengandungi efek terapi yang bantu terapi tubuh"


Coconut Oil ( Unscented) - 1 Litre

Minyak Kelapa adalah antara minyak asas terbaik untuk urutan. Asli daripada kelapa yang melembutkan urat, melembapkan kulit dan tidak mengandungi bau kelapa ( Unscented). Minyak kelapa juga dikatakan sesuai digunakan kepada kulit yang sensitif kerana sifat minyak kelapa yang mengandungi 'Healing properties" semualajadi. 

COCONUT OIL - Digunakan untuk dicampur dengan essential oil atau dibuat minyak urut. Boleh digunakan dari hujung rambut hingga hujung kaki bagi kulit normal.

Packing: 1 Liter 


Geranium Rose Massage Oil - 1 Litre


Minyak Urut Aromaterapi daripada Geranium Rose mengandungi aroma yang tenang dan membuatkan mood rehat. Minyak digunakan sebagai minyak urut badan.  


Floral Massage Oil - 1 litre

Minyak Urut Aromaterapi daripada bunga-bungaan. Aromanya memberikan rasa romantis dan menenangkan emosi.






IKTIAR HAMIL

"TIMANG ANAK TAHUN INI"

Suami isteri mana yang tak teringin nak ada anak sendiri. Dah iktiar macam-macam cara? 
Dah ikut tip itu. Tip ini. 

Amalkan SET IKTIAR HAMIL ini. Set khas untuk para isteri terapikan pada bahagian rahim sekaligus membantu untuk kesuburan. 


Usah berserah, setiap jalan pasti ada penyelesaiannya. Jom beramal dengan SET IKTIAR HAMIL dari hujung rambut hingga hujung kaki. 

Sebelum nak amalkan set ni, Ketahui antara penyebab wanita KURANG SUBUR
  • Masalah berat badan dan obesiti
  • Masalah gangguan hormon 
  • Ada masalah cyst, fibroid
  • Period tak regular 
  • Rahim Rendah (mudah gugur)
  • Merokok
  • Faktor usia
  • Telur (Ovum) gagal terhasil dgn baik
  • Halangan telur bergerak dalam tiub falopio
  • Masalah penyakit kelamin 

DAH RAMAI BERJAYA HAMIL SELEPAS AMAL UNCANG ZURIYAT




Uncang Zuriyat dah berjaya beri berita gembira pasangan yang bakal menimang cahaya mata. Bila kita tak putus berdoa. Allah swt sentiasa memberikan rezeki kepada hambanya yang berdoa dan berusaha. 


Cara Amalkan Uncang Zuriyat:

Campurkan 1 uncang dengan 200ml air panas. Biarkan sehingga pati uncang keluar. Diminum 2 kali sehari suami isteri. Ucang boleh digunakan lagi sehingga hilang, bau dan warna.



TIP:
Ketahui bila waktu subur anda untuk mendapatkan waktu yang sesuai untuk bersama. Rekod waktu anda datang haid didalam kalender supaya mudah untuk anda menyemak bilakah kali terakhir period.


Sebaiknya amalkan minum uncang zuriyat ini 3-6 bulan ke atas untuk mendapatkan hasil. Result bergantung kepada usaha dan rezeki. Yakin dan percaya iktiar ini memberikan anda rezeki zuriat. 


TAHNIAH! BERJAYA HAMIL




RESULT setiap orang tidak sama bergantung kepada gaya hidup, pemakanan, hormon tubuh dan usaha serta tawakal. Elak memakan makanan yang boleh menganggu hormon seperti ayam.


Dapatkan Uncang Zuriyat Sekarang,
Mungkin rezeki anda pada tahun ini.


DOA PEROLEHI ZURIAT


 






Isnin, 12 Julai 2021

CARA MANDI BUNGA

Mandi Bunga bukan hanya untuk mendekatkan jodoh atau khas untuk bakal pengantin sahaja. Mandi Bunga juga boleh diamalkan oleh lelaki atau wanita yang mahu menaikan seri wajah dan aura diri yang lebih terserlah. 

            " Sering Rasa Diri Kurang keyakinan?" 
                                         " Mahu sentiasa nampak berseri-seri?"

Lengkap dengan 7 Jenis Bunga

( Rose, Lavender, Jasmine, Ylang-ylang, Zaffron, Daisy & Orkid)
WM: RM55 / EM RM60


Setiap bunga mengandungi frekuensi tersendiri. Apabila aura diri kita kotor, bocor dan panas membuatkan diri kita tak bersemangat dan wajah kelihatan kusam dan tidak berseri.


Manfaat Mandi Bunga:

  • Membersih aura yang bocor kotor dan panas
  • Menaikan seri wajah (lelaki atau wanita)
  • Meningkatkan keyakinan diri
  • Menambah keharmonian rumahtangga
  • Memudahkan segala urusan dengan lancar
  • Terapi menenangkan diri yang mudah stress atau marah
  • Melahirkan perasaan kasih dan sayang 
  • Mengeratkan hubungan dengan orang sekeliling/suami/keluarga
  • Meransang semangat luar biasa
  • Membantu meningkatkan "keghairahan" bagi suami isteri
  • Meningkatkan daya pemikiran positif

CARA MANDIAN :

Cara mandi bunga perlukan mengunakan cara JIRUSAN. Ini supaya energy kotor yang diserap air ketika mandi mengalir keluar dan tidak bertakung dalam tub mandi. Sebaiknya diamalkan Mandi Bunga bersama GARAM ROSSA untuk membersihkan aura kotor dengan garam yang mana mungkin ada individu tanpa sedar mempunyai gangguan pada diri. 

Garam Rossa (Aura Cleansing) & Minyak 7 Aura Bunga (Aura Booster)
Rossa Energy Bath Salt - WM: RM60 / EM RM65
    

Persediaan Mandi Bunga:
  1. Baldi
  2. Gayung
  3. Air (diisi dalam baldi)
  4. Garam Rossa 
  5. 7 Aura Bunga
Adab Mandi Bunga:
  1. Niat Positif 
  2. Selawat 3x
  3. Al-fatihah 3x
  4. 3 Qul 3x
  5. Mandi Bersiram (Air mengalir)
(No.2,3 & 4 selepas bacaan ditiup ke bekas air)
Jika tidak sempat cukup sekadar membaca bismillah dan niat positif


Mandilah setiap hari sebagai mandian harian sebanyak 3-7 titik. 


Siapa yang BOLEH mengamalkan MANDI 7 AURA BUNGA?
  • Lelaki atau wanita 
  • Bujang atau Berkahwin 
  • Bakal Pengantin
  • Usahawasan/Peniaga
  • Ibu Selepas Bersalin (Penutup Pantang)
  • Anak yang kerap menanggis


KEGUNAAN LAIN 7 AURA BUNGA :
  1. Titisan Mandian
  2. Aromaterapi Burner 
  3. Mandian Penutup Pantang 
  4. Wangian Tubuh Berenergy Positif
  5. Jirusan pada missvey ketika haid untuk kurangkan bau
  6. Titisan dalam Tangas Ukup Wangi Bunga
Setiap kali menggunakan Titisan 7 Aura Bunga, Boleh lah digunakan dengan titisan angka ganjil seperti 3 titis/5 Titis/7 Titis/9 Titis/21 Titis

MISS V BERBAU? TAK SELESA? 
NAK MISS V KEKAL HARUM UNTUK KEYAKINAN?



Masalah bau pada miss v ni dah biasa. Lagi-lagi time keputihan datang banyak tu. Bau makin kuat dan kita sendiri pun tak suka kan. 

Jangan risau. Jom lakukan cara ni dan dapat wangikan aset kita tu serta-merta. Lagi-lagi kita yang dah kawin ni mestilah wangi-wangi kan. 

TIP: 

CUCI MISS - Cuci Miss v 2 kali sehari dengan Sabun Manjakani #Srisari. Bantu kurangkan bau dan kurangkan keputihan yang tak selesa tu. 

JIRUS - Ambik gayung jirus miss v dengan air titisan 7 AURA BUNGA atau HARUM SEDAP MALAM. 3 titik dah cukup dalam 1 gayung. Lap kering. Serta merta bau wangi. 


TIP INTIM BAGAI  MALAM PERTAMA
Mandi dengan 7 Aura Bunga atau Harum Sedap Malam untuk wangikan seluruh tubuh. 


Dapatkan sekarang:-
011-11013301/018-6604048


#aurabunga #mandibunga #auraseri #srisariherbs #7aurabunga #tangasperawan #patibunga
#spadirumah #beliprodukspa #borongherba #TerapiBunga #MalamPertama #matiputik